
Transformasi Anak B40
- Kejayaan Dunia & Akhirat
Pusat pendidikan mampu milik untuk keluarga B40. Fokus penguasaan Solat, Quran, Matematik, Bahasa Melayu, & Bahasa Inggeris sebelum masuk Darjah 1.
Yuran & Syarat Kelayakan

Yuran yang murah, hanya
RM 150 / bulan
tidak termasuk buku & bahan
Terbuka untuk keluarga berpendapatan isi rumah
RM 6,000
sebulan
Fokus untuk komuniti
B40
sahaja
Kenapa Brainy Mastery Centre Diwujudkan?

Masalah Pendidikan B40
Ramai anak-anak B40 tercicir selepas Tingkatan 3 kerana tidak menguasai asas Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, serta asas agama seperti Solat & Quran.

Pendidikan Berkualiti Untuk Semua
BMC diwujudkan untuk memberi peluang kepada anak-anak B40 untuk mendapat pendidikan yang berkualiti dengan kos mampu milik.

Fokus Akademik & Iman
Kami menggabungkan sistem pembelajaran akademik moden dengan asas iman yang kukuh untuk melahirkan pelajar berdisiplin dan berakhlak mulia.

Inisiatif Kumpulan Brainy Bunch
BMC adalah hasil 15 tahun pengalaman dan penyelidikan Kumpulan Brainy Bunch, dengan misi membina generasi Muslim cemerlang dunia & akhirat.
6 Fokus Penguasaan BMC
Pendidikan yang berkualiti di BMC terdiri daripada 6 fokus utama untuk dikuasai oleh setiap pelajar.

Matematik
Asas matematik yang kuat untuk keyakinan diri.

B. Inggeris
Kuasai kemahiran membaca, menulis & bertutur.

B. Melayu
Kefahaman dan penulisan Bahasa Melayu yang tepat.

Solat
Anak dibimbing untuk solat sempurna dengan yakin.

Quran
Pembelajaran asas & hafazan Al-Quran secara sistematik.

Asas Iman
Membentuk akhlak & keyakinan diri berasaskan iman.
